3 nilai tambah seorang jurugambar

3 nilai tambah seorang jurugambar

1. Seorang jurugambar sememangnya diberi mandat untuk menghasilkan karya agung melalui kameranya tidak kira sama ada ia kamera analog mahupun digital. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika jurugambar itu mempunyai tiga nilai tambah ini:

a. Manis berbicara. Komunikasi adalah penting, keikhlasan hasil gambar itu pasti tercipta jika ada chemistry antara jurugambar dengan subjek individu, pasangan atau berkumpulan.

b. Pantas berfikir. Kemampuan jurugambar itu bertindak mengikut keadaan semasa sama ada perubahan cuaca, mood subjek dan lokasi penggambaran yang indah khabar dari rupa sangat diperlukan ketika situasi-situasi genting.

c. Hormat-menghormati. Pengalaman, status darjat serta latar belakang pekerjaan bukanlah satu tiket untuk kita membeza-bezakan hierarki sesama manusia. Percayalah, hubungan baik antara jurugambar dan subjek yang terjalin pada hari ini akan memberi limpahan rezeki untuk jangka masa yang panjang.

2. Bagaimana pula dengan kamu? Apa nilai tambah yang kamu titikberatkan?

Gambar di atas memaparkan Zulkiflie Maarof sedang berinteraksi dengan client beliau. Gambar di ambil dengan menggunakan Sony A7ii bersama lens Sony Zeiss 16-35mm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Up Next:

Erti kebahagiaan

Erti kebahagiaan