Kampung Sungai Danga

Jika ada kelapangan, saya seringkali ke Kampung Sungai Danga untuk mengambil gambar dan melihat pemandangan khususnya pada saat matahari terbenam. Jika murah rezeki, anda berpeluang melihat moment matahari terbenam di sebalik rumah-rumah kayu dan restoran atas air yang terdapat di sini. Masyarakat Orang Asli Seletar di kawasan ini kebanyakkannya mengusahakan penternakan kupang selain bekerja sebagai pelaut. […]

Blagaj Tekija

Blagaj ialah sebuah perkampungan di selatan timur Mostar daerah Herzegovina Neretva, Bosnia Herzegovina. Blagaj Tekija adalah tempat ahli Sufi berzikir. Kawasan ini menjadi kawasan tumpuan kerana jauh dari pencemaran dan air sungai Buna yang mengairi kawasan ini masih lagi jernih membiru dan segar. Gambar diambil menggunakan Sony A7ii bersama Zeiss Batis 25mm f/2.

Kerja

1. Pekerjaan adalah satu perjanjian antara anda dengan majikan yang mana anda perlu lakukan sesuatu dalam satu tempoh tertentu dan akan diberikan pulangan atau faedah berdasarkan persetujuan yang telah dibuat. 2. Majikan terdiri dari kalangan diri anda sendiri, individu mahupun sebuah organisasi. Setiap majikan punyai misi dan objektif yang berbeza sama ada ia dalam sektor […]

Perhatian

Setiap individu punyai sesuatu yang akan mereka ‘lebihkan’ dari yang lain. Tidak kira sama ada ia adalah sesuatu yang bernyawa mahupun tidak. Kita lebihkan masa pada yang kita sayang, kita lebihkan ruang untuk yang kita kasihi dan kita lebihkan perhatian bagi yang kita rasa berhak menerimanya. Anda pula bagaimana? Apa yang anda lebihkan? Gambar diambil pada tahun 2018 di Albania ketika trip bersama keluarga ke negara Balkan.

3 nilai tambah seorang jurugambar

1. Seorang jurugambar sememangnya diberi mandat untuk menghasilkan karya agung melalui kameranya tidak kira sama ada ia kamera analog mahupun digital. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika jurugambar itu mempunyai tiga nilai tambah ini: a. Manis berbicara. Komunikasi adalah penting, keikhlasan hasil gambar itu pasti tercipta jika ada chemistry antara jurugambar dengan subjek individu, pasangan […]

Erti kebahagiaan

1. Bahagia itu adalah subjektif dan setiap orang itu juga punyai tanda aras tertentu untuk menyatakan sama ada beliau bahagia atau tidak. 2. Ada orang rasa bahagia dengan kemewahan, ada yang inginkan darjat dan kuasa, ada yang cukup sekadar sempurna kesihatannya, malah ada yang cukup sekadar melihat ahli keluarganya tersenyum. 3. Bahagia itu berbeda dan […]

Perkahwinan

1. Perkahwinan bukan sekadar “saya sayang awak, awak sayang saya” malah ia lebih dari itu. Kita perlu saling melengkapi di antara satu sama lain, susah dan senang bersama. 2. Terlalu banyak pandangan sama ada secara rasional mahu pun dari perspektif sesuatu agama itu tentang perkahwinan. Pokok pangkalnya ia adalah sebahagian dari agenda kehidupan. 3. Biarpun […]

Kayuhan santai

1. Berenang dan berbasikal antara aktiviti yang disarankan oleh physiotherapy saya untuk menguatkan otot-otot di peha. Saya tidak digalakkan berlari kerana ia akan memberi kesan pada bahagian tertentu di lutut. 2. Kami (saya, Cabi dan Yusri Zarin) berkayuh sejauh lebih kurang 6 km dari Bandar Permas Jaya ke kawasan perkampungan nelayan di Kampung Senibong. Ada […]

Hijau bumi tuhan

1. Cepat atau lambat, sedikit demi sedikit bumi hijau ini akan dilimpahi dengan sisa buangan manusia. Hutan dijarah dan tidak mustahil bukit di belakang itu jua kelak akan diratakan. 2. Ada kajian menyatakan kucing bertanggungjawab terhadap kepupusan beberapa spesis hidupan, bagaimana pula dengan manusia? Berapa jenis spesis pula telah kita lenyapkan dari muka bumi ini? […]