Hijau bumi tuhan

Hijau bumi tuhan

1. Cepat atau lambat, sedikit demi sedikit bumi hijau ini akan dilimpahi dengan sisa buangan manusia. Hutan dijarah dan tidak mustahil bukit di belakang itu jua kelak akan diratakan.

2. Ada kajian menyatakan kucing bertanggungjawab terhadap kepupusan beberapa spesis hidupan, bagaimana pula dengan manusia? Berapa jenis spesis pula telah kita lenyapkan dari muka bumi ini?

3. Berbalik pada isu sampah, jika kita tidak berupaya untuk menolak penggunaannya (plastik misalnya) namun kita berupaya untuk mengurangkannya dan menguruskan sisa buangan dengan lebih sistematik.

Gambar diambil menggunakan Yashica Electro 35 GS rangefinder bersama Kodak Portra 160 di satu lokasi yang dirahsiakan. #IkutGerakHati x #JomShootAnalog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Up Next:

Hello world!

Hello world!