Jika ada kelapangan, saya seringkali ke Kampung Sungai Danga untuk mengambil gambar dan melihat pemandangan khususnya pada saat matahari terbenam.
Jika murah rezeki, anda berpeluang melihat moment matahari terbenam di sebalik rumah-rumah kayu dan restoran atas air yang terdapat di sini. Masyarakat Orang Asli Seletar di kawasan ini kebanyakkannya mengusahakan penternakan kupang selain bekerja sebagai pelaut.
Apa yang menarik perhatian saya, adalah anak-anak Orang Asli di kawasan ini. Mereka pada awalnya agak pemalu atau camera shy namun setelah beberapa kali ke sini akhirnya mereka lebih mesra. Beberapa sesi fotografi telah saya adakan di sini dan seringkali saya tegaskan kepada setiap jurugambar agar datang semula ke sini dan pulangkan gambar mereka sebagai tanda terima kasih.