Kayuhan santai

Kayuhan santai

1. Berenang dan berbasikal antara aktiviti yang disarankan oleh physiotherapy saya untuk menguatkan otot-otot di peha. Saya tidak digalakkan berlari kerana ia akan memberi kesan pada bahagian tertentu di lutut.

2. Kami (saya, Cabi dan Yusri Zarin) berkayuh sejauh lebih kurang 6 km dari Bandar Permas Jaya ke kawasan perkampungan nelayan di Kampung Senibong. Ada port sunset di situ, pantainya juga masih terpelihara meskipun kesan-kesan pembangunan di kawasan sekitar telah mula kelihatan.

3. Saya akan bawa anak dan isteri ke sini kerana mereka tidak berkesempatan bermain air di Pantai Lido Johor Bahru.

Gambar diambil menggunakan Yashica Electro 35 GS rangefinder bersama Kodak Portra 160. #IkutGerakHati x #JomShootAnalog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Up Next:

Hijau bumi tuhan

Hijau bumi tuhan