Perkahwinan

Perkahwinan

1. Perkahwinan bukan sekadar “saya sayang awak, awak sayang saya” malah ia lebih dari itu. Kita perlu saling melengkapi di antara satu sama lain, susah dan senang bersama.

2. Terlalu banyak pandangan sama ada secara rasional mahu pun dari perspektif sesuatu agama itu tentang perkahwinan. Pokok pangkalnya ia adalah sebahagian dari agenda kehidupan.

3. Biarpun ada desakan sekeliling, stigma masyarakat dan tekanan dalam diri, perkahwinan itu ibarat seorang pelaut yang perlu membuat percaturan sama ada bersedia untuk menjadi seorang nakhoda yang ingin menempuh lautan yang belum diketahui destinasinya.

Gambar diambil menggunakan kamera Yashica Electro 35 GS rangefinder bersama Kodak Tri-X 400. #IkutGerakHati x #JomShootAnalog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Up Next:

Kayuhan santai

Kayuhan santai